Notification

×

Iklan

Iklan

PH yakin menang lebih 90 kerusi Parlimen

| November 15, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-15T00:15:28Z

BALIK PULAU--Pakatan Harapan (PH) yakin menang lebih 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.


Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata PH berada dalam keadaan yang paling baik untuk menang pada PRU15 dan menjangkakan gabungan itu boleh menang lebih 90 kerusi.


Menurutnya, beliau yakin PH akan memenangi kerusi di kubu kuat iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur, lapor Bernama.


“Negeri tumpuan kita yang baru iaitu Perak, kita nampak ada peningkatan yang mendadak terutamanya kehadiran pengundi Melayu,” katanya pada ceramah umum Balik Pulau di Tapak Parkir Market Lama, di sini, malam tadi.


Katanya, berbaki empat hari berkempen menjelang hari mengundi, beliau yakin PH akan merampas negeri Perak dan gabungan itu pertahankan sebahagian kerusi-kerusi besar di negeri Johor dan juga Melaka.


“Maksudnya sekarang kita sudah melepasi 90 kerusi dalam keadaan berbaki empat hari untuk PRU15. Kalau keadaan baik ini berterusan, kalau tidak banjir kalau tidak ribut, kalau UMNO masih lagi bergaduh sesama mereka seperti yang berlaku sekarang, insya-Allah kita akan melepasi 100 kerusi dan berada dalam keadaan yang paling baik untuk membentuk kerajaan,” katanya.

×
Berita Terbaru Update