Pejalan kaki maut dirempauh kereta di Jalan Lutong-Miri

Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta, Pejalan kaki maut dirempauh kereta di Jalan Lutong-Miri
Gambar kredit IPD Miri

MIRI—Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 11 Jalan Lutong-Miri malam tadi.


Kejadian sekitar 9.30 malam itu mengakibatkan lelaki berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri AC0 Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian pemandu Proton Saga, seorang lelaki berusia 50 tahun memandu dari arah Lutong menuju ke pusat bandar.


“Siasatan awal mendapati ketika melalui jalan tersebut pemandu tidak menyedari seorang lelaki berada di tengah jalan lorong sebelah kanan jalan raya.


Pemandu Proton kemudian cuba mengelak namun tidak sempat lalu melanggar mangsa," jelas Alexson.


Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas jalan dan cedera.


Satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Pihak polis memohon supaya waris mangsa tampil atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp Mohd Syamsul Samsuddin Balai di talian 085- 430479. 


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta tampil ke Balai Polis Trafik bagi membantu siasatan. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.