PAS sasar menang 40 kerusi Parlimen

PAS sasar menang 40 kerusi Parlimen
Abdul Hadi Awang


ARAU—PAS menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 40 daripada lebih 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.


“Kita bekerja keras untuk menang 40 kerusi dan kalau boleh ingin menang lebih lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional (PN) Arau di sini malam tadi.


Beliau berkata parti itu yakin mampu mengekalkan penguasaan kerusi Parlimen di tiga negeri yang ditadbir PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain mempunyai potensi untuk menang kerusi di Pahang dan Perlis, lapor Bernama.


Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata gabungan itu telah selesai membuat pemilihan nama calon yang akan bertanding pada PRU15 dan pengumuman senarai calon akan dilakukan oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yasin.


Pada PRU14, PAS menang 18 kerusi Parlimen.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.