Notification

×

Iklan

Iklan

Para Sukma: Fuad sumbang emas buat Sarawak

| November 02, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-02T15:13:43Z
Gambar Kredit gambar majlis Perbandaran Padawan

KUALA LUMPUR—Jaguh powerlifting Sarawak Mohamad Fuad Alen mencipta sensasi pada penampilan sulungnya di temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 apabila mengungguli kategori tidak melebihi 54 kilogram (kg) lelaki, hari ini.


Pada aksi di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan di sini, Fuad, 43, mendominasi saingan selepas melakukan angkatan terbaik bermula dengan 90kg, 95kg diikuti 100kg tanpa digugat empat peserta lain.



"Ini merupakan penyertaan pertama kali saya selepas tidak dapat sertai Para Sukma Johor yang ditangguh berikutan pandemik (COVID-19). Alhamdulillah setelah dua tahun berlatih inilah hasilnya dan saya tidak sangka dapat membawa pulang pingat emas ini.


"Selepas ini saya berazam untuk mempertahankan pingat emas ini pada Para Sukma akan datang jika ada rezeki," kata atlet berasal dari Kuching itu kepada Bernama.


Muhammad Akmal Danish Mohd Supi mewakili Perak meraih pingat perak dengan angkatan terbaik 85kg manakala Rafli Suhaili dari Wilayah Persekutuan Labuan membawa pulang gangsa dengan catatan 76kg.

×
Berita Terbaru Update