MCA isytihar hilang kepercayaan kepada Zahid
![]() |
Tiada mana-mana pihak yang berhak mewakili BN untuk berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat daripada Dewan Tertinggi BN - Datuk Chong Sin Woon |
KUALA LUMPUR— MCA hari ini menyatakan pendirian telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, MCA terkejut dan kecewa atas keputusan beliau menangguhkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan pada malam ini.
![]() |
Ahmad Zahid dikatakan meninggalkan majlis MT untuk berjumpa Anwar yang tular ketika ini. |
“MCA mengambil pendirian yang tegas bahawa tiada mana-mana pihak yang berhak mewakili Barisan Nasional untuk berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat daripada Dewan Tertinggi BN.
Pada masa keadaan politik negara masih tidak stabil dan tidak menentu selepas pilihanraya umum ke-15 baru-baru ini, keperluan Mesyuarat Dewan Tertinggi adalah amat terdesak untuk membincangkan situasi politik terkini dan membuat keputusan BN sebagai satu blok,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.
Sehubungan itu Zahid Hamidi harus meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada pemimpin baharu untuk mengambil alih pucuk pimpinan BN seterusnya menentukan hala tuju parti.
Pada masa yang sama, MCA berpendapat bahawa pemangku pengerusi Barisan Nasional perlulah memanggil Mesyuarat Dewan Tertinggi dengan kadar segera.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.