Lelaki terjatuh dari jeti ditemukan lemas
![]() |
Lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari jeti di Kampung Sungai Tanjung Pedada, pagi tadi. |
MUKAH—Seorang lelaki ditemukan lepas selepas terjatuh dari jeti di Kampung Tanjung Pedada, sungai Batang Mukah pagi tadi
Ajeman Saini,58, ditemui oleh pasukan bomba dan orang awam sekitar 11.05 pagi di sekitar lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
"Pasukan Bomba bersama orang awam telah mencari mangsa menggunakan bot nelayan di sekitar lokasi mangsa dikatakan jatuh.
“Mangsa yang ditemui disahkan meninggal sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.