Lelaki maut, kereta bertembung pikap di Selangau

Keadaan kereta yang terlibat kemalangan di Jalan Tamin di sini, malam tadi. Gambar Bomba

SELANGAU—Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu bertembung dengan pikap di Jalan Tamin di sini, malam tadi.


Dalam kejadian itu mangsa yang maut dikenali William Petrus,50, pemandu kereta Proton Wira manakala pemandu pikap hanya cedera ringan.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.43 malam dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Selangau ke lokasi kejadian.


"Kemalangan melibatkan sebuah pikap Proton Wira telah bertembung dari arah hadapan serta mengakibatkan pemandu Proton Wira tersepit di dalam kenderaan,manakala pemandu pikap hanya mengalami kecederaan ringan.


"Anggota Bomba menggunakan peralatan khas umengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.


"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," ujarnya.

Next Post Previous Post