Anggota polis maut kemalangan di Jambatan Pulau Pinang

Kenderaan petugas Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) di Jambatan Pulau Pinang, Anggota polis maut kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Gambar kredit FB PDRM

BUTTERWORTH—Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan petugas Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) di Jambatan Pulau Pinang, di sini, tengah malam tadi.


Dalam kejadian pada 12.48 tengah malam itu, Koperal Abu Talib Sarif, 33, yang baru pulang daripada menjalankan Op Cantas di Seberang Perai Tengah (SPT) maut ditempatkan kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.


Mayat telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, lapor Bernama.


Menurut kenyataan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, Koperal Abu Talib bertugas di Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Pulau Pinang.


"Seluruh warga PDRM Kontinjen Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Abu Talib dan mayatnya dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Sungai Petani, Kedah," menurut kenyataan itu.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.