Kren punca jalan sesak?

Tindakan pemaju meletakkan kren di tepi jalan, Kren punca jalan sesak di sepanjang Jalan Miri By Pass 
Lee (tengah) melawat tapak laluan sementara masuk ke Vista Perdana

MIRI— Tindakan pemaju meletakkan kren di tepi jalan telah mengakibatkan kesesakan luar biasa di sepanjang Jalan Miri By Pass sehingga ke persimpangan lampu isyarat Southlake dan Vista Perdana.


Sebelum ini, lampu isyarat yang baru beroperasi di simpang Southlake disalahkan sebagai punca kesesakan lalu lintas sehingga mencetuskan kemarahan di kalangan pengguna jalan.


“Bukan kerana lampu trafik tetapi kren yang diletakkan di tepi jalan. Ini berdasarkan maklumat awal Jabatan Kerja Raya (JKR),” kata Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin hari ini tampil memberikan penjelasan.


Lee menambah, berdasarkan pelan pembangunan laluan jalan  berkembar akan dibina sejurus sahaja projek perumahan baharu oleh Suruhanjaya Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dimulakan.


 "Oleh itu, untuk masuk ke Vista Perdana, syarikat perumahan Naim akan membina laluan sementara ke Lebuhraya Pan Borneo," katanya.


Pembinaan laluan sementara itu dijangka siap sebelum sambutan Krismas tahun ini.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.