Kereta dipandu langgar pokok, warga emas maut

Kereta langgar pokok di Kampung Bukit Kedai, Warga emas lelaki maut langgar pokok di Kampung Bukit Kedai
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di Kampung Bukit Kedai di sini pagi tadi. Gambar kredit Bomba

SIBU--Warga emas lelaki maut selepas kereta dipandu melanggar pokok di Kampung Bukit Kedai di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Ahjon Sumbang@Aju Sumbang,70.



Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, Penguasa Bomba Kanan ll Mohamad Faizal Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.35 pagi dengan menggerakkan anggota BBP Sungai Merah ke lokasi kejadian.


"Setibanya di lokasi kejadian didapati mangsa kemalangan kendiri melanggar sebatang pokok di tepi jalan.


"Mangaa tersepit di tempat duduk pemandu dan tidak sedarkan diri  dalam kenderaan Perodua Kenari yang dipandu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, pasukan penyelamat menggunakan ‘spinal board’ dalam usaha kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tidak sedarkan diri. 


"Mangsa berjaya dikeluarkan jam 8.12 pagi dan diberi rawatan awal oleh Unit EMRS sementara menunggu ketibaan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserahkan kepada pihak polis  untuk tindakan selanjutnya," katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.