Kerajaan Sarawak adil kepada semua jenis sekolah
![]() |
Abang Johari ketika perasmian Kompleks Sukan SJK Chung Hua Siburan, semalam. |
SIBURAN—Kerajaan Sarawak sentiasa bersifat adil kepada semua jenis sekolah di negeri ini termasuklah sekolah -sekolah Cina serta Sekolah Jenis Mubaligh demi masa depan pelajar di negeri ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada Sekolah Menengah Chung Hua setiap tahun.
Menurutnya, peruntukan itu bertujuan untuk menaik taraf semula pembangunan sekolah sekaligus untuk sistem pendidikan yang efektif kepada sekolah-sekolah di Sarawak.
“Bagi Sekolah Jenis Mubaligh turut menerima dana daripada kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kerana dimaklumkan bahawa terdapat beberapa sekolah adalah dibawah gereja samada Methodist, Anglican dan Roman Katolik,” katanya.
Beliau bekata demikian ketika berucap dalam perasmian Majlis Mini Sport Stadium, SJK Chung Hua Siburan pada petang Selasa.
Abang Johari berkata, selain itu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina turut menerima peruntukan tahunan sebanyak RM12 juta.
Hadir sama, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan, Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Serian, Datuk Sri (Dr) Richard Riot Jaem, Calon GPS di Parlimen Puncak Borneo dan Datuk Willie Mongin.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.