Kadar RMT di Sarawak naik kepada RM4 mulai Ahad ini

Ganbar hiasan


PUTRAJAYA—Kadar baharu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan, berkuat kuasa mulai Ahad ini (6 Nov).


Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dalam kenyataan hari ini berkata pelaksanaan kadar baharu itu akan memanfaatkan seramai 791,477 murid penerima RMT di seluruh negara, lapor Bernama.


“Alhamdulillah, usaha KPM untuk menaikkan kadar RMT dapat dilaksanakan pada tahun ini.


“Ini merupakan antara komitmen saya dalam memastikan kualiti makanan RMT kepada murid yang memerlukan adalah terjaga,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.


Beliau berkata pelaksanaan kadar baharu itu juga pastinya memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah yang menyediakan RMT.


“KPM komited melakukan yang terbaik untuk kelestarian pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya.


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 memaklumkan kerajaan menyediakan sejumlah RM777 juta iaitu peningkatan signifikan berbanding RM280 juta pada 2020 bagi tujuan pelaksanaan kadar baharu RMT. 

Next Post Previous Post