Notification

×

Iklan

Iklan

Hasbi bertembung Racha merebut kerusi Limbang

| November 05, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-11T01:19:55Z
Hasbi (dua kiri) berdepan Racha (tiga kanan) bagi merebut kerusi Limbang.

LIMBANG—Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Hasbi Habibollah 59,  selesai menghantar borang pencalonan bagi  Kerusi Parlimen Limbang  sempena Pilihan Raya Umum Ke-15  (PRU15)  hari ini.


Beliau tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail sebagai pencadang dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang  selaku penyokong di Dewan Suarah Limbang  pada pukul 8.49 pagi tadi.


Hasbi tiba di PPC Dewan Suarah Limbang bersama lebih 1,000 penyokong.


Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu dilihat tiba ke PPS mengenakan baju GPS  bersama lebih 1,000 penyokongnya.


Hasbi berdepan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga bekas pesara kerajaan Racha Balang, 57.


Racha  tiba di PPC pada pukul 8.25 pagi, bersama kira-kira 100 penyokong.


Racha ditemani Brahim Matali sebagai pencadang dan Jeffrey Kunjan sebagai penyokong.


Parlimen Limbang merekodkan sebanyak 41,999 orang pengundi berdaftar dan terdapat 53 lokasi mengundi membabitkan 101 saluran pusat mengundi dan jumlah itu tidak termasuk undi pos.


Seramai 913 petugas PRU15 Parlimen Limbang, termasuk polis pengiring yang membabitkan kira-kira 105 orang.

×
Berita Terbaru Update