GPS setuju sertai kerajaan pimpinan Anwar, akur titah Agong - Abang Johari


KUCHING— "Sik payahlah saya madah dengan kitak orang. Ya antara kamek dengan nya lah,” itu reaksi Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditanya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke Sarawak dalam masa terdekat.


Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, GPS bersetuju untuk menyertai Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim kerana akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 


“Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan semalam supaya GPS mempertimbangkan untuk bersama-sama gabungan lain bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu. 


"Kita akurlah. Anda kena ingat, kita adalah (negara) raja berperlembagaan dan (dalam) kita punya Rukun Negara, kita mesti taat (kesetiaan) kepada raja," katanya menurut Bernama.


Sementara itu beliau yang juga Premier Sarawak menyerahkan kepada Anwar untuk menentukan jumlah wakil GPS yang akan menyertai kabinet memandangkan perkara itu merupakan prerogatif beliau (Anwar) sebagai Perdana Menteri. 

Next Post Previous Post