Notification

×

Iklan

Iklan

Anwar: Timbalan Perdana Menteri untuk UMNO, GPS - tiada penurunan harga minyak

| November 25, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-24T22:30:59Z

"Ini melibatkan kerajaan perpaduan... bagi ruang untuk kami berbincang dulu.


"Jawatan timbalan perdana menteri biasanya daripada komponen kuat yang lain (selain PH), setakat ini dari BN.


"Dan Sabah, Sarawak... komponen terkuat Sabah dan Sarawak ialah GPS," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Malaysiakini melaporkan Perdana Menteri ke 10 itu memberi bayangan malam ini bahawa akan ada dua jawatan timbalan perdana menteri dengan masing-masing diberikan kepada ahli parlimen BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Bercakap dalam sidang media pertamanya sebagai perdana menteri malam ini di Kajang, Anwar berkata, hal itu kerana kedua-dua parti terbabit merupakan gabungan utama dalam kerajaan perpaduan pimpinannya.


Anwar berkata, memandangkan jawatan perdana menteri telah disandang oleh PH selaku komponen terbesar, jawatan timbalan perdana menteri akan diberikan kepada rakan gabungan mereka.


Jelas ahli parlimen Tambun itu kerajaan pimpinan perpaduan itu dianggotai BN, GPS sebagai tujang serta Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Muda.


Ditanya mengenai ikrarnya berhubung gaji sebagai perdana menteri, Anwar sekali lagi menegaskan dia kekal dengan keputusan untuk tidak mengambil gaji atas jawatan tersebut.


Pemerhati politik, Azizi Safar dalam satu coretan nakal berkata setakat ini Anwar Ibrahim sudah menggariskan beberapa perkara kecuali penurunan harga minyak.


1. Sidang Parlimen ditetapkan pada 19 Disember. Selain angkat sumpah Ahli-ahli Parlimen adalah Undi Percaya kepada PM


2. Cuti Kelepasan Am pada Isnin 28 November 2022


3. Timbalan Perdana Menteri - Satu dari BN, Satu dari GPS. Parti-parti lain boleh sertai. (Bab ni konpius sikit.. Kalau Kerajaan Perpaduan, semua terlibat)


4. Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi oleh PH, BN dan GPS


5. Kekal tak akan ambil gaji Perdana Menteri


6. Kluster Mahkamah dalam Kabinet? Masih dalam pertimbangan


7. Tiada pengumuman harga minyak turun setakat ini. Harap maklum.

×
Berita Terbaru Update