Notification

×

Iklan

Iklan

Dua kes Omicron XBB dikesan di Sarawak- Uggah

| November 03, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-03T11:45:20Z
Uggah berkata, varian itu berkemungkinan menular sejak awal bulan lepas.

KUCHING—Dua kes COVID-19 subvarian Omicron XBB telah dikesan melibatkan seorang pengembara yang memegang pasport Amerika Syarikat dan seorang individu yang baru pulang mengerjakan umrah.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak Prof Dr David Perera kepada beliau hari ini, lapor Bernama.


“Mereka dikesan daripada sampel kes positif yang dikumpulkan pada awal bulan lepas. Institut berkenaan melakukan penjujukan ke atas sekumpulan sampel lain yang dikumpulkan pada bulan sama dan dijangka mengesan lebih banyak kes,” katanya dalam kenyataan di sini.


Uggah berkata mengikut laporan Dr Perera, varian itu berkemungkinan menular sejak awal bulan lepas.


“Institut ini telah mengesan varian SARS-CoV-2 yang merebak di negeri ini sebagai sebahagian daripada program pengawasan di peringkat nasional,” katanya.

×
Berita Terbaru Update