Bomba bantu pindahkan dua wanita, budak terperangkap akibat banjir

Anggota bomba dan penyelamat membantu memindahkan penduduk di Batu 6 yang terperangkap di dalam rumah selepas laluan ke rumah ditenggelami banjir. Gambar kredit Bomba Sarawak



BINTULU— Dua wanita dan seorang kanak-kanak di Batu 6 berdepan detik cemas selepas jalann utama ke rumah tidak dapat dilalui akibat banjir malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 8.02 malam dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi. 



"Setiba di lokasi kejadian didapati benar dilaporkan ada tiga mangsa iaitu dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di rumah mereka dan tidak dapat keluar akibat jalan utama ke rumah mangsa putus akibat kejadian banjir," katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelasnya, pasukan bomba membuat penyelamatan dan pemindahan menggunakan bot aluminium untuk memindah mangsa ke kawasan selamat.



Tambahnya, mangsa kemudian diserahkan kepada keluarga mangsa.


Setelah selesai pasukan bomba bertolak balik ke balai. 

Next Post Previous Post