‘Bolehkah kita percaya dengan janji PH?’, tanya Abang Johari

Janji Pakatan Harapan (PH), Pengiktirafan MA63 serta memberikan kembali hak autonomi pendidikan dan kesihatan kepada Sarawak.

KUCHING— Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mentertawakan janji Pakatan Harapan (PH) berhubung pengiktirafan MA63 serta memberikan kembali hak autonomi pendidikan dan kesihatan kepada Sarawak.


"Can you trust them after what happened in the previous elections?,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.


Abang Johari merujuk kepada pentadbiran Pakatan selama 22 bulan apabila pelbagai projek di Sarawak dibatalkan dan janji manifesto, seperti membayar 20 peratus royalti minyak masih tidak ditunaikan.


Semalam dalam sidang media di sini, Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan untuk menyelesaikan isu hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tanpa perlu banyak rundingan sekiranya diberikan mandat membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. 


Anwar turut mengumumkan akan memberikan autonomi kesihatan dan pendidikan kepada Sarawak sekiranya memenangi PRU15.


Beliau juga berkata Pakatan terbuka kepada kemungkinan bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan seterusnya.


Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Abang Johari enggan membuat sebarang komitmen.


“Let us contest first, then we will see. (Biarlah kita bertanding pilihan raya dahulu, baru kita lihat),” katanya.


Terdahulu beliau menghadiri Program Sarawakku Sayang di Esplanade Telaga Air. Hadir sama calon Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.