BN sedia jadi jambatan kukuhkan hubungan baik Semenanjung, Sabah dan Sarawak: Zahid

BN menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15, BN sedia jadi jambatan kukuhkan hubungan baik Semenanjung Sabah Sarawak
BN juga bersedia mengetepikan perbezaan demi kerajaan stabil - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR—Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 serta menganggap ia satu isyarat besar kepada gabungan politik itu selain sedia menjadi jambatan bagi mengukuhkan hubungan baik antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.


Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada masa sama, BN juga bersedia mengetepikan perbezaan sentimen sesama ahli parti sebelum ini.


“BN dalam masa terdekat akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti terutama dalam menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media pada 5 pagi berkata tiada pihak yang memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi yang diisytiharkan, lapor Bernama.


Pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah ditangguhkan kepada 7 Dis selepas calon PH, yang juga penyandang kerusi M. Karupaiya meninggal dunia pada 16 Nov.


Pengundian di 11 pusat pengundian di kawasan Parlimen Baram di Sarawak digantung berikutan cuaca buruk menyebabkan petugasnya tidak dapat ke pusat berkenaan manakala SPR tidak dapat mengumumkan keputusan bagi kerusi Parlimen Kota Marudu, juga disebabkan cuaca.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.