Bintulu menyaksikan pertembungan tiga penjuru

Kawasan Parlimen Bintulu menyaksikan pertembungan tiga penjuru, Pusat Penamaan Calon Dewan Suarah Bintulu

BINTULU: Kawasan Parlimen Bintulu menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitu calon Gabungan Parti Sarawak, Dato' Seri Tiong King Sing, Perikanan Nasional, Duke Janteng dan Pakatan Harapan,Chiew Chan Yew.


Duke Janteng merupakan yang terawal tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Suarah Bintulu pada jam 8.25 pagi yang diiringi Pencadangnya Jabris Naong Nabaw dan Pencadangnya, Andrew Lawai Rina yang turut disertai Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdullah Suffian dan 300 penyokong.


Chiew pula tiba di perkarangan Dewan Suarah pada jam 8.46 pagi yang diiringi oleh bapa beliau sendiri selaku Pencadang, Chiew Chin Sing dan Penyokong Minah Sim sekitar 30 penyokong manakala Dato' Seri Tiong tiba pada jam 8.51 pagi dengan diiringi Pencadangnya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Penyokongnya, Johnny Pang  bersama sekitar 500 penyokong.


Pada PRU14, Dato' Seri Tiong memenangi jumlah undi 27,076 dengan majoriti sebanyak 7,022 undi dengan menewaskan Chiew Chan Yew dari DAP dengan jumlah undi 20, 054 dan Chea Lea Phing dari Parti Reformasi Negeri Sarawak dengan 328 jumlah undi.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.