Bayi dihempap pokok ru meninggal dunia

Bayi dihempap pokok ru meninggal dunia

MELAKA—Seorang bayi lelaki yang cedera dihempap pokok ru yang tumbang di Pantai Puteri, Tanjong Kling petang semalam, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka kira-kira pukul 12.38 tengah malam tadi.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ketika kejadian, mangsa Mohd Zafran Ilman Mohd Sazwan berusia satu tahun empat bulan berada dalam dukungan ibunya, Nurulhuda Md Ali, 34, yang turut cedera dihempap pokok itu, lapor Bernama.


“Polis menerima maklumat awam kira-kira pukul 6.43 petang semalam dan ketika tiba di lokasi pihak kita mendapati sebatang pokok ru telah tumbang selain terdapat dua mangsa di tempat kejadian. 


“Difahamkan keluarga mangsa dari Kajang, Selangor datang bercuti dan menginap di sebuah pusat peranginan di situ. Sewaktu kejadian mangsa yang sedang mendukung bayinya berjalan ke arah pantai, secara tiba-tiba pokok itu telah tumbang lalu menimpa mangsa dan anaknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Christopher berkata menurut saksi kejadian, bahagian kepala ibu bayi itu terbenam ke dalam pasir, manakala anak lelakinya tercampak ke dalam rimbunan daun dan dahan pokok.


“Orang ramai membantu mengorek pasir pantai bagi mengeluarkan mangsa dan berjaya dikeluarkan selain mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan manakala bayinya tidak sedarkan diri disyaki mengalami kecederaan di bahagian kepala.


“Kesemua mangsa telah diberi rawatan awal oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.