Akaun Twitter Trump dikembalikan, kumpul lebih banyak pengikut
WASHINGTON—Akaun Twitter Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semakin pantas mengumpul pengikut dengan 1.3 juta pengikut baharu direkodkan dalam tempoh 40 minit sahaja.
Pada Sabtu, Twitter menarik balik sekatan terhadap akaun Trump yang disekat sejak tahun lalu berikutan peristiwa 6 Januari 2021 di Capitol AS.
Akaun Twitter @realDonaldTrump kini mempunyai lebih 8.2 juta pengikut, walaupun Trump sendiri belum menulis sebarang ciapan baharu, lapor Bernama.
Sebelum ini akaun itu hanya mempunyai lebih 320,000 pengikut.
Ketika akaun Trump disekat pada 8 Januari 2021 akaun itu mempunyai hampir 90 juta pengikut.
Trump telah disekat daripada Twitter dan Facebook selepas kejadian rusuhan Capitol pada 6 Jan 2021.
Platform berkenaan menganggap hantaran Trump mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan dan melanggar dasar mereka.
Bekas presiden itu kemudiannya melancarkan rangkaian sosial baharu Truth Social bagi melawan tapisan Big Tech dan melindungi hak kebebasan bersuara.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.