4 penjawat awam antara 6 individu ditahan, barang kemas hilang semasa serbuan


IPOH-- Polis menahan enam individu termasuk empat penjawat awam disyaki terlibat dalam kes berkaitan kehilangan barang kemas dengan anggaran nilai RM14,200 di rumah kongsi di sekitar Pantai Remis pada 29 Okt lepas.


Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga Myanmar yang bekerja sebagai buruh binaan pada pukul 10 malam, lapor Bernama.


“Kehilangan barang kemas itu ialah milik seorang daripada rakan wanitanya yang tinggal di rumah kongsi.


“Hasil soal siat bersama pengadu mendapati terdapat empat penjawat awam telah ke rumah kongsi pengadu dan menggeledah rumah sebelum menyedari barangan kemas milik rakannya hilang,” katanya dalam satu kenyataan.


Mohd Yusri berkata pihak polis kemudiannya telah menahan kesemua suspek di beberapa lokasi bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Next Post Previous Post