Notification

×

Iklan

Iklan

4 maut akibat tanah runtuh, banjir di dua wilayah Indonesia

| November 17, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-17T07:44:43Z
Seorang maut manakala seorang lagi masih hilang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan pada Rabu. Gambar kredit AntaraNews 

JAKARTA—Seorang maut manakala seorang lagi masih hilang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan pada Rabu.


Dua kenderaan jenis van dan pikap yang dinaiki mangsa diseret hingga ke bahu jalan menghubungkan Parangloe dan Tinggimoncong ketika hujan lebat serta kondisi tanah yang tidak stabil.


Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia Abdul Muhari berkata agensi pengurusan bencana daerah dikerah ke lokasi untuk menyelamat mangsa dan mengalihkan tanah runtuh.


Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik meramalkan kawasan itu masih berpotensi mengalami hujan hingga Sabtu ini, katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.


Sementara itu, Abdul Muhari berkata tiga kematian direkodkan susulan banjir yang menjejaskan 836 keluarga di Tapanuli Tengah, wilayah Sumatra Utara, Jumaat lepas.


Penduduk telah kembali beraktiviti seperti biasa namun diingatkan berwaspada memandangkan kawasan itu berpotensi mengalami hujan ringan hingga lebat hari ini, katanya.


Di wilayah yang sama, banjir besar merendam empat kawasan di Batu Bara pada Selasa akibat hujan berintensiti tinggi sehingga air Sungai Dalu-dalu dan Sungai Bahboloh melimpah.


Banjir yang menjejaskan 645 keluarga turut merosakkan sebuah empangan namun telah diperbaiki untuk sementara menggunakan guni berisi tanah dan pasir, kata Abdul Muhari.

×
Berita Terbaru Update