4 buah sekolah rendah di Subis dinaiki air

Gambar kredit APM Miri

MIRI-- Empat buah sekolah rendah di Subis mula dinaiki air susulan hujan lebat sejak semalam.


Empat sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tegageng, SK Rumah Mentali, SK Kampung Iran dan SK Rumah Tinggi.



Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri Lt(PA) Mirwan Shah Masri, air dilaporkan naik sehingga mencecah 30 sentimeter sehingga 1.8 kaki.



Ujarnya, terdapat atap sebuah kediaman di Rumah Sana, diterbangkan angin kencang.


"Setakat hari ini, tiada pusat pemindahan dibuka," ujarnya.

Next Post Previous Post