20 migran lemas, bot dinaiki terbalik di Pulau Greek

Sebahagian mangsa karam di kawasan Cape Kafireas yang selamat diberikan selimut termal. Gambar kredit Greek Coast Guard

ATHENS— Anggota penyelamat Greece pada Rabu menemukan mayat 20 pendatang selepas sebuah bot terbalik di pulau Evia di Laut Aegean pada Selasa, lapor agensi berita nasional Greece AMNA.


Sementara itu 12 lagi penumpang berjaya diselamatkan semasa operasi.


Mangsa yang terselamat memberitahu pihak berkuasa bahawa terdapat 68 orang berada di atas bot itu sebelum ia karam di kawasan Cape Kafireas, lapor Bernama.


Kumpulan berkenaan dipercayai berasal dari Mesir, Afghanistan dan Iran, kata jurucakap Pengawal Pantai Hellenic Komander Nikos Kokkalas.


Lebih satu juta pendatang memasuki Greece secara haram sejak 2015 dan kebanyakan mereka meneruskan perjalanan ke negara Eropah lain, manakala ratusan lagi lemas di laut, menurut pihak berkuasa Greece.

Next Post Previous Post