2 remaja maut nahas 8 motosikal, kereta

kemalangan membabitkan lapan motosikal dan sebuah kereta di KM14.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson, 2 remaja maut nahas 8 motosikal, Kemalangan
Kemalangan membabitkan lapan motosikal dan sebuah kereta di KM14.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala Seremban malam tadi. Gambar Facebook

SEREMBAN—Dua remaja maut dalam kemalangan membabitkan lapan motosikal dan sebuah kereta di KM14.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala Seremban malam tadi.


Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata mangsa yang meninggal dunia ialah penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 19 tahun dan pemboncengnya, remaja perempuan berusia 14 tahun.


Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan pada 9.30 malam itu berlaku ketika kira-kira 50 motosikal mengekori belakang sebuah kereta di lebuh raya itu, lapor Bernama.


"Motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kereta tersebut lalu menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan. Ekoran itu, tujuh motosikal yang lain yang cuba mengelak telah berlanggar sesama sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Aidi Sham berkata remaja perempuan itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala remaja lelaki meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, di sini.


Katanya kemalangan itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.