Wong Tack cari publisiti murahan, Fadilah

Wong Tack, Ahli Parlimen Petra Jaya, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, berita Sarawak terkini, berita Kuching terkini


KUCHING-- Jalan sudah siap, tapi sengaja buat kecoh seolah-olah tidak dibaiki, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang menyifatkan perkongsian Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack, di laman Facebook mengenai isu jalan berkenaan lebih bermotifkan politik dan cuba mendapatkan ‘political mileage'.


Tegas Ahli Parlimen Petra Jaya itu, Wong Tack kononnya cuba menggambarkan bahawa beliau adalah ‘hero’ yang telah berulang kali mengetengahkan isu jalan raya berkenaan kepada Menteri Kanan Kerja Raya untuk tindakan.


"Sedangkan tindakan membaik pulih cerun dan jalan berkenaan telah dimulakan sejak awal tahun ini.


"Justeru perkongsian Ahli Parlimen Bentong, YB Wong Tack, di laman Facebook beliau mengenai isu jalan berkenaan lebih bermotifkan politik dan cuba mendapatkan ‘political mileage’," katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Fadillah projek pembaikan cerun dan jalan runtuh berkenaan telahpun siap dan akan dibuka Rabu ini (5 Oktober).


"Kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan berdekatan Kilang Lee Rubber, Bentong di laluan FT008, Jalan Bentong-Gua Musang Seksyen 16, yang runtuh tahun lalu telah siap.


"Hanya tinggal kerja-kerja membuat garisan jalan serta kerja-kerja pembersihan tapak sahaja lagi. 


"Malah pembukaan jalan berkenaan telah dijadualkan akan dibuka pada Rabu ini iaitu 5 Oktober 2022," jelasnya.


Mengulas lanjut, beliau memberitahu, berlaku sedikit kelewatan disebabkan ketika kerja-kerja pembaikan berjalan, telah berlaku runtuhan tanah akibat hujan lebat pada 18 Mac 2022. 


Untuk makluman katanya, kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan berkenaan telah pun dimulakan pada 20 Januari 2022 selepas berlaku runtuhan pada November 2021.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang dan JKR Daerah Bentong yang sentiasa komited untuk menyiapkan projek ini demi kesejahteraan rakyat. 


"Penghargaan dan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Pahang yang sentiasa memberi sokongan padu dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek infra rakyat di negeri itu," ujarnya.


tamat

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.