Notification

×

Iklan

Iklan

Warga emas rentung terperangkap dalam bilik

| Oktober 30, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-10-30T12:02:16Z
Kebakaran rumah yang meragut nyawa seorang warga emas. Gambar Bomba

KUALA LUMPUR—Seorang warga emas rentung apabila rumah yang didiaminya terbakar dalam kejadian di Taman Dato Harun, Serendah, Selangor semalam.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata dalam kejadian pada 10.30 malam itu, mangsa Wong Ah Liew, berusia 70 tahun ditemukan rentung di bilik tidurnya.


Bagaimanapun, beliau berkata adik lelaki dan adik ipar mangsa, masing-masing berusia 60 dan 67 tahun yang turut tinggal di rumah itu berjaya menyelamatkan diri, menurut Bernama.


“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai terperangkap di dalam bilik tidurnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

×
Berita Terbaru Update