Warga emas cedera kemalangan kendiri motosikal


SIBU-- Seorang warga emas lelaki cedera selepas motosikal ditunggang kemalangan di Jalan During di sini, semalam.


Angkatan Pertahanan Awam Bahagian Sibu, L/Kpl (PA) Naga ak Sagai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.08 pagi.



"Mangsa dikenali Mundong ak Silu,68, beralamat di rumah Letan Ulu Tuah, Kanowit .


"Setiba di lokasi kejadian, didapati mangsa terbaring di tepi jalan ditemani oleh orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, pernilaian awal dilakukan di lokasi, mendapati mangsa  mengalami luka dibahagian kepala sebelah kanan dan mengalami terseliuh bahagian bahu sebelah kanan.


"Mangsa diberi rawatan awal sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya," ujarnya.




Next Post Previous Post