4 warga asing antara 837 yang ditangkap terlibat dadah di Kuching


KUCHING--Polis berjaya menangkap seramai 837 orang individu warga tempatan termasuk empat warga asing kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah melalui serbuan yang dilakukan sepanjang bulan Jun hingga September tahun ini di sekitar bandar raya Kuching.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, daripada jumlah itu seramai 765 tangkapan adalah lelaki manakala 73 tangkapan wanita.



"Mereka yang ditangkap  Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kuching itu berusia dalam lingkungan 15 hingga 64 tahun.


"Pelbagai rampasan dilakukan meliputi sebanyak 431.11 gram syabu, ketamin (242.07 gram), ganja (321.59 gram), pil ekstasi (283 biji ), pil eramin 5 (469 biji), serbuka ekstasi (265 gram) dan pil nospan (762 biji)," katanya dalam kenyataan hari ini.



Menjelas lanjut, Ahsmon berkata, nilai rampasan keseluruhan dadah adalah sebanyak RM 104,713.90.


"Kadar pertuduhan kesemua kes sebanyak 53.35 peratus berjaya dilaksanakan daripada keseluruhan kes," katanya.

Next Post Previous Post