Wanita diserang mabuk gunung ketika daki Gunung Kinabalu

Seorang wanita mengalami simptom akut gunung (AMS) ketika melakukan aktiviti mendaki Gunung Kinabalu, Wanita diserang mabuk gunung ketika daki Gunung

KOTA KINABALU-- Seorang wanita mengalami simptom akut gunung (AMS) ketika melakukan aktiviti mendaki Gunung Kinabalu, di sini awal petang Rabu lalu. 


Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa mengalami AMS di kedudukan Dorm Laban Rata, Gunung Kinabalu dan mengerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau ke lokasi. 



"Tindakan awal pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dengan bantuan daripada Park SAR dan Malim Gunung memberi rawatan awal kepada mangsa dengan cara pemanasan menggunakan alat pemanas. 


"Namun mangsa masih kurang stabil dan dibawa turun ke Timpohon Gate dengan menggunakan teknik usungan (Neil Robertson Stretcher)," katanya dalam kenyataan. 



Tambahnya, mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Ranau oleh Pasukan EMRS menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut. 


Operasi ditamatkan pada jam 12:06 tengah malam. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.