Ukraine perlukan US$3.97 bilion harungi musim sejuk- menteri

Ukraine berdepan krisis tenaga menjelang musim sejuk susulan konflik dengan Rusia
Ukraine berdepan krisis tenaga menjelang musim sejuk susulan konflik dengan Rusia yang bermula pada 24 Feb. Gambar hiasan kredit unsplash

KIEV—Ukraine memerlukan €4 bilion (kira-kira US$3.97 bilion) bagi mengharungi musim sejuk, lapor Xinhua memetik laporan agensi berita Interfax-Ukraine pada Selasa.


"Kami memerlukan €4 bilion bagi mengharungi musim sejuk ini -- untuk mengubah suai rumah, menyokong penjagaan kesihatan dan bekalan tenaga," kata Menteri Pembangunan Komuniti dan Wilayah Ukraine Oleksiy Chernyshov pada Persidangan Pakar Antarabangsa mengenai Pemulihan, Pembinaan Semula dan Pemodenan Ukraine di Berlin, Jerman.


Selain itu, Ukraine tidak mempunyai peralatan sokongan bagi bekalan air dan kuasa, seperti stesen pembersihan air mudah alih, stesen pemanasan mudah alih, penjana diesel dan pemanas elektrik, kata menteri itu.


Ukraine berdepan krisis tenaga menjelang musim sejuk susulan konflik dengan Rusia yang bermula pada 24 Feb.


Pada 18 Okt, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata bahawa serangan Rusia telah memusnahkan kira-kira 30 peratus stesen janakuasa Ukraine, menyebabkan gangguan bekalan elektrik besar-besaran di seluruh negara.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.