Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah berjaya menyelamatkan seekor kucing yang tersangkut pada sebuah transformer elektrik di ketinggian 8 kaki

Seekor kucing peliharaan yang tersangkut pada transformer elektrik, Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah menyelamatkan seekor kucing tersangkut


Miri--Seekor kucing peliharaan yang tersangkut pada transformer elektrik berhampiran rumah panjang Jambai, Sungai Bekelit Niah berjaya diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah pada Selasa.


Menurut pemangku ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee, pihaknya dimaklumkan kejadian oleh penduduk rumah penjang tersebut sekitar jam 9.26 pagi.



Katanya, seramai enam anggota dari pasukan C Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah telah bergegas ke lokasi pada jam 9.27 pagi dan tiba 22 minit kemudian.


Lokasi kejadian terletak 22 km dari Balai Bomba tersebut.


"Setibanya di situ, didapati kucing tersebut tersangkut pada sebuah transformer di ketinggian lapan kaki," Ahmad Nizam berkata.


Pasukan bomba bertindak menggunakan kayu untuk menjolok kucing sehingga boleh melepaskan diri dan terjun ke tanah.


Operasi berlangsung sekitar 20 minit.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.