Tiga perkara perlu diselesaikan untuk masa depan Sarawak, kata Abang Jo

Abang Johari melakukan simbolik pelancaran Wanita GPS hari ini. Teks | Gambar Pejabat Premier Sarawak 

KUCHING—Presiden Gabungan Parti Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menekankan tiga perkara yang perlu diselesaikan untuk masa depan Sarawak.


Menurut beliau, ia merupakan dasar yang diperjuangkan oleh GPS dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 



Ketika berucap di Majlis Pelancaran Wanita GPS hari ini, Abang Johari berkata; 


“Kita ada tiga (3) perkara yang belum selesai iaitu: 




1) Hak  di bawah Perkara 112D, yang mana Kerajaan Pusat mesti memberikan geran kepada kita berserta formula.. Kalau Malaysia baik ekonominya, kita kongsi bersama..Kalau susah, kita susah bersama-sama. Ini semangat GPS! 


2) Kita (Sarawak)  nak minta kerajaan pusat kembalikan Mahkamah Tinggi Borneo. 


3) Kita (Sarawak) meminta agar Jabatan Teknikal kita diiktiraf untuk melaksanakan projek Persekutuan di Sarawak. Kita ada jurutera kita sendiri yang mana wanita juga tidak terkecuali." 

Next Post Previous Post