Bomba ambil masa dua jam alihkan pokok durian hempap rumah

Gambar BBP Lubok Antu.

LUBOK ANTU: Pemilik sebuah rumah di Kampung Melayu berhadapan dengan detik cemas selepas sebatang pokok durian tiba-tiba tumbang lalu menghempap rumah mereka pagi tadi.


Bimbang sesuatu yang lebih buruk berlaku, pemilik rumah bertindak menghubungi pasukan Bravo BBP Lubok Antu pada jam 9.39 pagi bagi menjalankan khidmat khas mencantas serta memindahkan pokok durian terbabit.



Jurucakap pasukan Bravo BBP Lubok Antu dalam kenyataannya berkata, sepasukan anggota bomba bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden terbabit.


"Sampai di lokasi kediaman mangsa, pasukan bomba mendapati sebatang pokok durian yang besar menghempap bahagian bumbung kediaman keluarga berkenaan," ujarnya.



Katanya, pasukan bomba terpaksa menggunakan tali bagi mengikat pokok tersebut sebelum menariknya keluar dengan menggunakan satu unit gergaji berantai. Beliau berkata, setelah pokok tersebut berjaya di potong dan ditarik ke kawasan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai pada jam 11.15 pagi.

Next Post Previous Post