Notification

×

Iklan

Iklan

Tembok hadapan kediaman rasmi MB Kedah dilempar cat

| Oktober 17, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-10-17T06:10:16Z
Tembok hadapan kediaman yang disimbah cat oleh individu tidak dikenali pagi tadi. Gambar media sosial

ALOR SETAR— Bahagian pintu pagar dan tembok hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon, dekat sini dilempar cat oleh individu tidak dikenali, pagi ini.


Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira pukul 10 pagi daripada anggota yang bertugas di pos pengawal kediaman rasmi Menteri Besar.


“Anggota pos pengawal memaklumkan kejadian itu belum berlaku semasa dia datang bertugas pada pukul 7 pagi tadi. Jadi, kita percaya ia berlaku sebelum pukul 9.55 pagi kerana staf yang bertugas hanya menyedari kejadian sekitar waktu itu sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 10 pagi.


“Hasil siasatan telah menjumpai dua beg plastik berisi cat berwarna biru dan dua beg plastik berisi cat  merah di sekitar kawasan kejadian yang ditinggalkan oleh suspek,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.


Beliau berkata pihaknya akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berdekatan lampu isyarat Pantai Johor dan Alor Merah berikutan tiada CCTV di sekitar kediaman berkenaan.


“Pihak forensik juga telah menjalankan siasatan...Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.


Ahmad Shukri turut mengingatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update