Hujan berterusan tahap waspada di Sarawak, Sabah, Labuan
![]() |
Gambar hiasan kredit unsplash |
KUALA LUMPUR—Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Labuan hari ini hingga esok.
Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 8.10 pagi ini, kawasan di Sarawak melibatkan sekitar Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) serta Limbang.
Sementara di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat.
Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.