Syabu : Tiga pelayan pusat hiburan disiasat bawah akta 39B

Gambar kredit IPD Miri


MIRI--Tiga pelayan sebuah premis hiburan di sini ditahan polis dalam satu serbuan petang Rabu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengederan dadah jenis Methamphetamine.


Kesemua suspek , seorang wanita tempatan berusia 50 tahun, manakala dua lelaki warga berusia 17 dan 20 telah ditahan sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik IPK Sarawak sekitar jam 6 petang semalam.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, polis turut merampas dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 861.36gram yang dianggarkan bernilai RM23,800.


Menurut Alexson, kesemua dadah twrsebut ditemui semasa anggota polis melakukan pemeriksaan di dalam premis tersebut.


Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.


Pihak Polis juga ingin menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke Balai Polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.

Next Post Previous Post