SUPP umum 3 calon bertanding kerusi parlimen Miri pada PRU 15

Datuk Sebastian Ting (tengah) bersama Datuk Sri Lee dan tiga calon SUPP untuk kerusi Parlimen Miri

MIRI--Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada Ahad mengumumkan tiga calon dari parti itu yang akan bertanding di kerusi Parlimen Miri pada Pilihanraya Umum (PRU 15) ke 15 ini.


Tiga calon itu ialah setiausaha SUPP cawangan Senadin Cr Jeffery Phang;  Ketua Bahagian Pemuda SUPP Piasau Cr Leslie Lau ;  dan Cr Aries Leong Chin Lim Setiausaha SUPP cawangan Piasau.


Ting mengumumkan ketiga-tiga nama calon ini awal pagi tadi  semasa programe penyerahan cek Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (Unifor) bernilai RM1.7 juta kepada Kuil Naga Laut (Shak Lung Kung) di Krokop 6.


Hampir 2,000 orang hadir pada majlis tersebut.


Dalam masa yang sama, sebanyak 6,500 paket beras telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan pada pagi itu.


Cek bernilai RM800,000 turut disampaikan kepada Gurdwara Sahib Miri untuk kerja-kerja penyambungan dan pengubahsuaian bangunan serba guna dua tingkat kuil sikh di bangunan yang sedia ada di Jalan Kubu Miri.


Turut hadir Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin dan Pengarah Unifor Richard Lon.

Next Post Previous Post