120 maut, 180 cedera dalam rusuhan bola sepak Indonesia

Rusuhan pada perlawanan bola sepak di Jawa Timur, Penyokong perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya dikepung polis pencegah rusuhan
Penyokong perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya dikepung polis pencegah rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata selepas pergaduhan tercetus. Gambar kredit TribunJateng.com


JAKARTA-- Rusuhan pada perlawanan bola sepak di Jawa Timur, Indonesia telah menyebabkan sekurang-kurangnya 120 penyokong terbunuh dan 180 lagi cedera malam tadi.


Menurut laporan media tempatan, penyokong perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya dikepung polis pencegah rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata selepas pergaduhan tercetus.


Gambar kredit Okezone


Gas pemedih mata menyukarkan penyokong bernafas dalam suasana kelam kabut menyebabkan mereka terpijak dan terhimpit sesama sendiri.


Penyokong Arema berang setelah pasukan mereka tewas 3-2 dalam pertembungan 'derby Jawa Timur' di Stadium Kanjuruhan, Malang memasuki kawasan padang untuk bertemu pemain dan pegawai.


Lebih kurang 3,000 daripada 40,000 penyokong yang hadir cuba memasuki kawasan padang, kata Ketua Polis Daerah Jawa Timur Inspektor Jenderal Nico Afinta seperti dipetik media tempatan.


Beliau berkata 34 maut di stadium dan selebihnya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital termasuk dua anggota polis.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.