Stor haram kumpul diesel subsidi di Tudan diserbu

KPDNHEP menyerbu sebuah sebuah stor haram yang dijadikan tempat mengumpul minyak diesel bersubsidi, Stor haram kumpul diesel subsidi di Tudan diserbu

MIRI-- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah sebuah stor haram yang dijadikan tempat mengumpul minyak diesel bersubsidi sebelum dijual kepada pengguna industri di Tudan hari ini.


Ketua KPDNHEP Miri, Joe Azmi Jamil berkata, serbuan dilakukan dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan pasukan Penguatkuasa KPDNHEP bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Miri berhubung aktiviti penyelewengan minyak diesel.



"Siasatan lanjut mendapati premis tidak memiliki sebarang kebenaran daripada pengawal berhubung pemilikan diesel terbabit.


"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu diesel tanpa kebenaran pengawal dan dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan hari ini.



Menjelas lanjut, katanya, modus operandi yang digunakan adalah mendapatkan bekalan diesel di stesen minyak secara berulang-ulang di sekitar Miri menggunakan kenderaan yang diubahsuai dengan tangki tambahan.


"Diesel akan disedut semula daripada tangki tambahan dan dikumpulkan di tangki simpanan stor.


"Lima suspek lelaki berusia 26 hingga 39 ditahan untuk tujuan siasatan lanjut," katanya.



Beliau berkata,turut dirampas ialah minyak diesel, sebuah lori tangki, dua buah pikap dan dua buah van.


"Anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM 255,937.


"Sampel minyak telah diamblil untuk analisis kimia manakala kenderaan yang disita dibawa ke IPD Miri untuk tindakan lanjut," katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.