Sindiket pengedaran dadah tumpas, syabu dan pil Eremin 5 bernilai RM 10 juta dirampas

IPK Kuala Lumpur menumpaskan sindiket pengedaran dadah serta pembongkaran stor dadah, Sindiket pengedaran dadah tumpas syabu dan pil Eremin 5 bernila

KUALA LUMPUR-- Ibu Pejabat Polis Kontinjen  (IPK) Kuala Lumpur menumpaskan sindiket pengedaran dadah serta pembongkaran stor dadah dengan rampasan 213 kilogram syabu serta 33 kilogram  pil Eremin 5 bernilai keseluruhan RM 10 juta dalam Op Leslie.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, dua lelaki warga tempatan berusia 37 dan 38 tahun telah ditangkap di dalam operasi ini.




"Kita merampas 213 kilogram dadah jenis syabu anggaran nilai RM 7.5 juta, 33 kilogram pil Eremin 5 anggaran nilai RM 2.5 juta.


"Turut dirampas wang tunai berjumlah RM 70,000,  dua buah kereta jenis Toyota Altis dan Kia Forte anggaran nilai RM 70,000," katanya ketika mengadakan sidang media semalam.


 

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM 10.1 juta.


"Kesemua suspek direman selama tujuh hari dari 14 sehingga 20 Oktober 2022,kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. 



"Hasil saringan awal polis terhadap kedua-dua suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine," ujarnya.


Katanya,semakan rekod jenayah mendapati suspek pertama mempunyai rekod lampau bersabit Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 55 B Akta Imigresen 1963, manakala suspek kedua bersabit Seksyen 6 dan 15(1) ADB 1952.


"Keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 538,000 orang pengguna dadah," tambahnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.