Sarapan awal pagi, ular sawa telan ayam di Piasau Jaya

Seekor ular sawa kekenyangan selepas menelan seekor ayam berjaya ditangkap di Piasau Jaya oleh APM pagi tadi. Gambar kredit APM Miri

MIRI—Seekor ular sawa dalam keadaan kekenyangan selepas membaham ayam peliharaan di Piasau Jaya berjaya ditangkap awal pagi tadi.


Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) Lt (PA) Mirwan Shah Masri, pihaknya dimaklumkan penemuan itu pada 6.16 pagi.



"Pengadu seorang lelaki berumur 25 tahun memberitahu mendengar bunyi kokokan ayam di dalam kandang di luar rumah.


Dia  keluar memeriksa dan dikejutkan dengan kehadiran seekor ular berada di dalam kandang tersebut," ujarnya.


Seramai empat anggota APM Miri digerakkan ke lokasi sekitar 6.37 pagi.


"Setibanya di lokasi yang dinyatakan, anggota kita menemukan ular sawa sepanjang dua meter itu sedang bersembunyi di bawah atap sangkar ayam dalam keadaan kekenyangan setelah menelan seekor ayam peliharaan pengadu," Mirwan berkata.


Operasi berlangsung kurang daripada 10 minit dan reptilia tersebut berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas.


Ular itu kemudiannya dilepaskan ke habitat asalnya.

Next Post Previous Post