90 maut jambatan runtuh di Gujarat

Keadaan jambatan yang tiba-tiba runtuh di Sungai Machchhu semalam. Gambar Twitter

NEW DELHI— Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh manakala ramai lagi dilaporkan hilang selepas sebuah jambatan pejalan kaki runtuh di Gujarat, India pada Ahad.


Beratus-ratus pengunjung menggunakan jambatan gantung yang dibina ketika era pemerintahan British di sungai Machchhu bandar Morbi itu sebelum ia tiba-tiba runtuh, lapor Bernama.


Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter, sebuah lokasi pelancongan popular dibuka semula minggu lalu selepas ditutup selama tujuh bulan untuk pengubahsuaian, lapor media tempatan.


Mangsa termasuk kanak-kanak yang sedang bersiar-siar bersama keluarga. 


"Jambatan itu tiba-tiba runtuh ketika kami berada di atasnya. Semua orang terjatuh," kata seorang saksi.


Setakat ini lebih 90 orang maut manakala anggota penyelamat sedang mengesan berpuluh mangsa yang masih hilang.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post