Sambutan Regatta Sarawak: Festival Tebingan Kuching 2022 meriah

Abang Johari menyempurnakan acara 'Eye-Dotting' sebagai simbolik perasmian Regatta Sarawak: Festival Tebingan Kuching 2022. Gambar | Teks kredit JAPEN

KUCHING—Penyertaan dalam perlumbaan Perahu Naga dari seluruh negara sempena Regatta Sarawak: Festival Tebingan Kuching 2022 amat menggalakkan selepas dua tahun dunia dilanda pandemik Covid-19.


Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, acara yang menjadi tumpuan ramai itu dijangka terus mendapat pertambahan sambutan dari peserta tempatan pada minggu hadapan.


Abang Johari (kiri) dan Abdul Karim memegang pengayuh sampan semasa acara Regatta Sarawak: Festival Tebingan Kuching 2022. Gambar | Teks kredit JAPEN


"Ini memberi limpahan kepada usahawan kita dan saya difahamkan, ini baru sahaja dibuka semalam tetapi permohonan telah meningkat kepada 200,000 di kraftangan.


"Permohonan ini termasuk dari Semenanjung Malaysia serta tempatan Sarawak seperti dari Bintulu, Miri dan sebagainya," katanya.


Abang Johari bersama peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti melukis. Gambar | Teks kredit JAPEN


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Regatta Sarawak: Festival Tebingan Kuching 2022 di sini, pagi tadi.


Terdahulu, Abang Johari turut merasmikan Bulan Kanser Payu Dara untuk memperingati pesakit kanser tersebut pada bulan Oktober.


Abang Johari bergambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam Regatta Sarawak hari ini. Gambar | Teks kredit JAPEN


Seterusnya, beliau turut menyempurnakan acara 'Eye-Dotting' sebagai simbolik perasmian Regatta Sarawak: Festival Tebingan Kuching 2022.


Gambar | Teks kredit JAPEN


Turut hadir pada program itu ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Dato' Sri Nancy Shukri, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan dif-dif kenamaan yang lain.

Next Post Previous Post