Ajal ketika bekerja, lelaki maut dihempap jentolak
![]() |
Anggota bomba dan polis mengangkat mayat seorang lelaki yang maut dihempap jentolak dalam kejadian di Jalan Rumbia 4, Tanjung Langsat di sini hari ini. |
PASIR GUDANG—Seorang lelaki maut dipercayai dihempap jentolak ketika bekerja di sebuah tapak pelupusan sampah di Jalan Rumbia 4, Tanjung Langsat di sini hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Pegawai Bomba Kanan I Shahrol Suboh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 10.02 pagi dan seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati benar terdapat seorang lelaki dewasa berusia 51 tahun telah dihempap sebuah jentolak.
“Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas yang turut dibantu sebuah jengkaut,” katanya menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir, menurut Bernama.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 11.27 pagi," katanya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.