PRU15: DAP Sarawak tanding 8 kerusi

DAP bertanding di lapan kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15, DAP Sarawak tanding 8 kerusi
Chong Chieng Jen

KUCHING— DAP akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan depan, kata Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen.


Chong berkata kerusi berkenaan ialah Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Serian, Lanang, Sibu, Sarikei dan Bintulu.


Beliau berkata senarai calon bagi wilayah tengah akan diumumkan esok di Sibu manakala wilayah selatan diumumkan Ahad ini di Kuching.


“Kami akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankan enam kerusi penyandang, diharapkan kami dapat tambah (kemenangan) satu atau dua lagi kerusi. Sebelum ini pada (PRU14) 2018, dengan enam kerusi Parlimen yang disumbang DAP Sarawak, kami berjaya menukar kerajaan Persekutuan, justeru amat penting untuk kami mempertahankannya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov ini sebagai tarikh pengundian bagi PRU15 dan penamaan calon pada 5 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.