Murid 11 tahun maut dihempap palang gol di Manggatal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dihempap palang gol, Murid 11 tahun maut dihempap palang gol di Manggatal
Tangkap layar menunjukkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dihempap palang gol ketika menyertai aktiviti sukan tahunan sekolah. 

KOTA KINABALU— Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dihempap palang gol ketika menyertai aktiviti sukan tahunan sekolah di padang Pekan Manggatal, di sini semalam.

 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, mangsa yang juga murid tahun lima disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Likas.


"Mangsa adalah murid di Sekolah Kebangsaan Lok Yuk, Manggatal. Ketika kejadian mangsa dipercayai dihempap besi palang gol ketika berlangsungnya aktiviti sukan tahunan sekolah di padang berkenaan.


“Kejadian disedari oleh bapa mangsa dan juga guru sekolah yang bertindak menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan segera. Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd Zaidi berkata siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur perbuatan jenayah ditemukan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun siasatan lanjut masih dijalankan. 


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.