Penjahat guna tangki besar gasak diesel subsidi

Gambar ihsan IPD Miri


MIRI - Cawangan Risikan Batalian 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri mengagalkan helah lima lelaki warga tempatan menyeleweng diesel dengan mengubahsuai tangki dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) pada Isnin.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, tangkapan dilakukan sekitar jam 10.30 pagi tadi, di sebuah stesen Petronas di kawasan Bintulu-Miri Airport.


Kesemua suspek berusia 19 sehingga 50 tahun.


"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas lima suspek dan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh mereka mendapati tangki minyak kenderaan tersebut telah diubah suai,  selain itu juga, kesemua suspek telah gagal untuk mengemukakan permit khas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) untuk menjalankan aktiviti berkenaan,"ujar Alexson dalam satu kenyataan media tadi.


Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM 383,238.


kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.


Pihak Polis turut menasihatkan orang ramai untuk tidak terlibat atau bersubahat dalam aktiviti mencuri diesel bersubsidi.


"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan ini dan orang awam dinasihatkan untuk mendapatkan bekalan minyak daripada pengedar yang sah dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak Polis,"tegas Alexson.

Next Post Previous Post